Wednesday, September 16, 2009

Haruskah Begitu wahai Sakura?

utk tatapan :~~saudara2 ku yang tercinta
~~rakan2
~~sesiapa yg mngenali diri ini



22 April 1989...tarikh yang memberi sinar tambahan kepada seorang lelaki yang bernama David Hassan di mana isterinya yang tercinta selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka selama 7 tahun. Bayi kecil seberat 2.4 kg itu dikendong oleh ibunya,Myra Miran yang berumur 27 tahun ketika itu.....sambil diperhatikan oleh sepasang kanak-kanak iaitu Erica Nur dan adiknya Collin.

Si kakak memahami bayi tersebut adalah adiknya manakala anak kedua bagi pasangan bahagia ini asyik menyoal ayahnya yang kepenatan kerana seharian mendukung anak lelakinya yang agak sihat badannya ketika itu. Kanak2 lelaki itu mula memahami siapakah bayi tersebut lalu mengucapkan.."Ello adik...ni abangah...nanti abangah ajar main Lego ea...

Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun...bayi yang dinamakan sebagai Sakura (nama samaran) itu membesar sebagai seorang kanak2 yang agak lincah dan periang. kanak2 itu selalu mencetuskan pergaduhan dalam kalangan sepupunya. hal ini demikian kerana, dia sedar apakah kemarahan dan dimarahi.

dia dididik sebagai anak yang perlu menjaga perasaan orang yang lebih tua dari umurnya dan juga pangkat. Kanak2 itu mentafsirkan bahawa hanya saudara dan ibubapanya sahaj yg perlu dijaga tanpa memikirkan ssaudara jauh. oleh kerana terlalu menyayangi kaklong dan abangahnya, si adik kecil itu sanggup membalas perbuatan orang dewasa yg sering menyalahkan saudaranya jika berlaku sesua2 melalui anak2 mereka. Baginya, itu satu kepuasan........

Kehilangan ibu yang telah memberi peluang untuk kanak2 itu bernafas di muka bumi Allah yg luas ini memberi impak yang besar dalam kehidupannya. Dia mula memahami jiwa manusia disekelilingnya seawal usia 5 tahun..dia memerhatikan keperitan ayahnya bergelar seorang duda beranak 4...ditinggalkan oleh sebelah hatinya yang aman bersemadi di dlm tanah...kecelaruan abangahnya dlm mengenal erti hidup...rintihan kaklongnya yg teramat memerlukan perhatian dr seorang ibu di saat menghadapi UPSR...dan ketandusan belaian insan bergelar ibu buat Fikayuki Allieyya....

Dirinya bukan lagi bergelar adik ketika berumur 5 tahun...munculnya Fikayuki Allieyya telah membuka mata da mindanya bahawa dirinya tidak perlu lagi dimanjakan. Dia serng berkata dalam dirinya sebelum ni..."knapa kakak dah x panggil aq adik...panggil nama je...knapa panggil baby ni adik plak??..Dia menjadi seorang kanak2 yg lebih agresif dan sikap panas barannya mula keluar dari kepompong...

Dia meluahkan rasa dengan menjadi kanak3 yg degil...tidak menurut kata dan menjauhkan diri dari kaklongnya dan selalu mengganggu abangahnya. Adiknya Fikayuki Allieyya diserahkan kepada atok sebelah ayahnya untuk diasuh dan dididik oleh mereka..dia merasakan kehadiran adiknya itu telah mengubah kehidupan mereka adik2 beradik..selalu terdengar cemuhan dari saudara ayahnya..."adik korang atok yg jage...jgnlah nak buat perangai...ingat cket mak ko dah xde..buat cam budak baik..

Hairan dengan sikap kaklongnya yg tidak endah akan perasaan saudara ayah terhadap kami adik beradik...dia mengambil keputusan untuk membenci saudara ayahnya...
*************************************************************************************

Sakura...perkenalannya dengan Sizuka sejak Darjah 1 berlanjutan sebagai teman hingga ke hari ini. Sizuka menjadi teman berbicara dan bermain..hairan baginya kerana dia tidak ada sikit pun rasa benci kepada Sizuka walaupun mereka selalu bertengkar mengenai hal yg agak remeh. Berbeza dengan perasaan terhadap saudara mara ayahnya.....rasa benci menjadi semakin menebal ketika Sakura berumur 10 tahun....

Satu peristiwa yang membawa kepada Sakura ditampar ketika melindungi adiknya yg ketika itu hanya berumur 4 tahun dari dipukul oleh kakak ayahnya membuatkan Sakura bersumpah .."sampai mati pon aq x ngaku ko makcik aq..x kisah aq atau ko mampos dulu..dah la x sempat nak mintak maaf ngan arwah mak aq pas ko seksa perasaan dia...jgn arap aq nak baik ngan anak2 ko e.. mampus la ngan anak2 ko yg bangang tu"

Sakura dilabel sbg anak saudara yg plg degil...well dia berbangga dgn gelaran tersebut krn berjaya membangkitkan kmarahan mereka yg dimaksudkan. Sizuka menjadi saksi akan kata2nya .." aq x kire...apa nak jadik pon aq akan buat adik aq tu tggl kat Saleng dan sedar dengan sapa dia hidup dan membesar selama ni...skarang ni dia dah mula benci kat ktorang...sebab m'sia2 haram tu cucuk dia mcm2.."
Sizuka terkedu dan menzahirkan kerisauan kerana dia kenal Sakura yg sanggup melakukan apa sahaja untuk adik beradiknya. Sakura berjanji akan memujuk ayahnya spy membwa adiknya tggl di rumahnya.

Sakura melancarkan strategi pertama untuk merampas adiknya dari jagaan m'nusia yg membesarkan adik hanya atas rasa berslah terhdp arwah ibunya. Beberapa tahun berlalu dan Sakura telah pun melihat adik yang disayanginya dari jauh itu berubah sedikit demi sedikit. Strateginya telah berjaya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini...Sakura telahpun masuk awal 20 dan gembira kerana adik yang satu ketika dulu didambakan untuk menjadi sahabatnya sepanjang dia membesar telah pun selesa di samping keuarganya. Allieyya tidak perlu lagi menjaga sepupu2 nya yg masih kecil sambil membaca buku. Tekanan Allieyya telah berlalu dan Sakura berjanji akan menceriakan hidup mereka adik-beradik walaupun tidak sebaik mungkin dapat dilaksanakan....

LUAHAN 1 TAMAT



0 comments: